Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 4 Oktober 2011

Contohi Kerjasama Semut

Rasa teruja dan kagum apabila aku melihat sekumpulan semut berkejaran sesama mereka ke suatu sudut. apabila lama di perhatikan,baru aku megetahui ke mana sekumpulan semut yang berkejaran itu tadi bergerak. Rupanya ada sesuatu yang telah menanti sekumpulan semut tadi, aku memerhati secebis kek terjatuh di celah kaki kerusi yang aku duduki, semua semut tadi telah berkumpul antara mereka itu, mungkin berbincang sesuatu, manalah aku ketahui, setiap mahkluk Allah boleh berkomunikasi antara merekakan? Cuma kita sahaja yang tidak memahami. Berbalik kepada sekumpulan semut tadi, pada mulanya hanya seekor sahaja daripada sekumpulan semut semacam ingin cuba mengangkat secebis kek itu, tapi tidak berdaya. Setelah hampir 15 minit aku memerhatikan, secebis kek tadi telah di angkat oleh sekumpulan semut itu, lebih kurang 20 ekor dalam kumpulan semut itu, kemudian terus di bawa secebis kek tadi oleh sekumpulan semut. yang membuatkan aku teruja dan kagum adalah kerjasama semut-semut tadi megangkat secebis kek tadi yang sebesar ibu jari yang pada mulanya ingin diangkat oleh seekor semut sahaja.

peribahasa yang sesuai adalah BERAT SAMA DIPIKUL YANG RINGAN SAMA DIJINJING.

1 ulasan:

  1. salam.blog menarik..:))

    http://habibah89.blogspot.com..
    salam ziarah..ehhe

    BalasPadam