Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 19 April 2011

CINTA REMAJA KINI

Assalamualaikum wbt, saya tertarik hati untuk menulis mengenai tajuk ini kerana saya juga seorang remaja. 'Cinta Remaja', pasti semua remaja mengimpikan dan menginginkan atau sebaliknya sebelum berumah tangga, tetapi sejauh manakah mereka ini bijak dalam mempertahankan kesucian cinta supaya perkara yang dilarang oleh Allah tidak berlaku? Apabila remaja bercinta, segala kata-kata dan janji-janji manis keluar dan tertabur seperti peluru ke mana arah dituju ke situlah akan ditembusi. 'lautan api sanggupku renangi', 'I janji, I akan memperisterikan U, dan hanya perasaan sayang kepada U seorang dalam hidup I'. Itulah antara kata-kata dalam percintaan remaja kini. Huh! memang romantis sewaktu bercinta, hingga ada yang sanggup mengadaikan kesucian diri, yang akhirnya, janin atau bayi yang tidak berdosa dijadikan korban yang dibuang merata-rata, sudahlah melakukan zina itu satu dosa, ditambahkan lagi dosa dengan pembuangan bayi. Namun, bukan itu saja, bahkan ada yang sanggup buang keluarga kerana cintakan orang yang baru dikenali. Itulah dinamakan kuasa cinta. Bagi mengelak perkara-perkara yang dilarang ini berlaku dalam percintaan adalah diingatkan bahawa kita dilarang bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. Tidak salah untuk bercinta, tetapi pandailah kita menjaga batas-batasnya, kerana cinta kita ketika itu belum tentu membawa ke jinjang pelamin, jadi jagalah maruah dan kesucian diri, jangan cepat menyerahkan maruah dan kesucian kepada yang tidak layak memilikinya. Fikir-fikirkanlah..

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. " LELAKI yg DATANG kpd PEREMPUAN utk TUJUAN BERCINTA dan BUKANNYA UNTUK BERKAHWIN, maka, LELAKI itu adalah FASIQ. Berbeza jika, LELAKI itu DATANG, UNTUK MELAMAR dan MEMINTA IZIN DENGAN IBU BAPA PEREMPUAN tersebut, maka, LELAKI itu, JAUH LEBIH BERAGAMA dan BERMARUAH...

    BalasPadam