Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Jumaat, 7 Februari 2014
Sajak Feminisme?
Alhamdulillah, lagi sekali sajak ambo diterbitkan dalam majalah Tunas Cipta Disember 2013, dua kali hantar, dua kali diterbitkan. Ini hadiah hari lahir ambo semperna 22hb 12. Kali ni tajuk sajak ambo, Rintihan Wajah Seorang Isteri. Macam mana ambo boleh menghasilkan sajak sebegini ya? Ambo tertanya setelah merenung kembali hasil yang diterbitkan tersebut. Rupanya ambo terbaca tentang kes penceraian yang kerap berlaku sekarang ini. Adakah wanita hidup untuk ditindaskan oleh lelaki ke? Sedangkan wanita ini insan yang lemah, tapi ditindas pula dengan penceraian. Ambo memang tak setuju kalau lelaki buat macam tu, walapun ambo ni lelaki. Memang tiap-tiap hari buka saja surat khabar, mesti ada isu penceraian. Ini mungkin menakutkan golongan wanita yang belum kahwin. Inilah orang kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Maka itu, tercetuslah ilham menghasilkan sajak tersebut. Bila ambo baca kritikan dari sajak ambo itu, dinyatakan penyajak mempunyai sifat feminisme yang kuat ketika menghasilkannya. Tak kuat macam mana sebab ambo geram sangat dengan lelaki yang jenis zalim terhadap isterinya. Tak fikir ke dengan anak-anak nasibnya macam mana nanti, Oh! Dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)