Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 14 Oktober 2012

Konvokesyen "Diri ini"

Alhamdulillah, semua majlis konvokesyen sesi ke-2 petang semalam berjalan lancar, walaupun cuaca tidak mengizinkan kerana hujan membasahi bumi. Namun, hujan petang semalam tidak mematahkan semangat peserta konvokesyen untuk merasai saat-saat paling bermakna dalam hidup mereka. Walaubagaimana pun, ia juga tidak mematahkan hati ahli keluarga peserta untuk bergambar sebagai satu kenangan berkongsi kegembiraan di saat hari yang paling bermakna bersama anak-anak mereka masing-masing yang telah berjuang dalam menuntut ilmu di medan UPM. Tangisan kegembiraan ibu bapa melihat kejayaan anak-anak mereka disertai dengan keadaan hujan tersebut amat menyentuh hati dan perasaan semua. "Diri ini" juga berkesempatan mengambil beberapa keping gambar bersama keluarga dan rakan-rakan yang datang dari Kelantan untuk sama-sama meraikan saat paling bermakna dalam hidup "Diri ini". Lihatlah gambar-gambar di bawah ini :

bersama kawan-kawan


sebelah tu adik bongsu saya, jangan salah faham pulak,hehehe



baru dapat ambil gambar seorang diri
suasana di hari konvokesyen



ni abang saya


ayah dan adik bongsu yang tersayang



eh3, tumpang tuah pulak budak ni, lagi 2 tahun konvokesyen adik saya tempat yang sama lak, hehehe




semasa menerima skrol ijazah
sekian dahulu dari "Diri ini", terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang dari Kelantan dan UKM sudi hadir semasa hari konvokesyen saya, dan tak lupa juga kepada ayah dan abang-abang saya, pengorbanan mu sentiasa di kenang.