Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Khamis, 31 Mei 2012

Cerita Lawak dalam Tren Komuter

Cerita lawak: Adalah satu hari, masa tu saya sendiri baru pulang dari pesta buku di PWTC. Saya mengambil keputusan untuk menaiki komuter dari Putra sampai ke Serdang bagi megelak daripada kesibukan kenderaan di jalan raya, dalam perjalanan hentian Putra ke hentian Serdang, adalah dua orang warga Indonesia. Dua orang warga Indonesia ni borak-boraklah dalam tren komuter tu, nak jadikan cerita lawaknya, dalam perjalanan tersebut, satu letupan berlaku, "POOM!" macam tayar meletup,saya rasa letupan tersebut di sebabkan aliran elektrik yang digunakan untuk menggerakkan tren komuter itu terputus sementara. Dua orang mamak Indonesia tadi terkejutlah mendengar letupan. Salah seorang dari mamak Indonesia itu pun berkata kepada kawannya itu,

mamak Indonesia 1: Alamak! tayar komuter ni bocorlah. (dengan muka serius)

mamak Indonesia 2: Komuter ni mana pakai tayar getahlah, komuter pakai tayar PVC lah. (dengan serius muka mamak ni menafikan jawapan yang diberi oleh rakannya itu).

Semua penumpang memandang ke arah dua orang warga Indonesia tersebut. Ada yang nak tergelak tapi menahan gelakan tersebut. Ada yang tutup dengan  beg pun ada dekat muka, sebab nak tahan daripada tergelak. Saya sendiri pun memandang mereka, tapi tahan sajalah nak gelak, nanti tak pasal-pasal kena belasah. Sampai saja dekat hentian Serdang, terus tergelak seorang diri, HAHAHAHAHA. Untuk pengetahuan, Tren Komuter mana pakai tayar getah atau tayar di perbuat daripada PVC. Komuter pakai rim besi sajalah. HAHAHAHAHAHAHAHA. Macam-macam ada.

Khamis, 24 Mei 2012

Mimpiku?

Tadi aku bermimpi, aku beranggapan memang kebiasaan, apabila tidur setiap orang akan bermimpi. Tetapi mimpi tadi amat menakutkan diriku, aku tak mahu mimpi itu menjadi satu tafsiran yang benar-benar akan berlaku. Walaupun aku penah dengar dan pernah mengalami sebelum ini mimpi tersebut sesuatu yang ditafsir berkaitan dengan "pemergian", tapi aku berharap mimpi tadi itu bukan seperti yang aku alami dan mimpi yang akan di tafsir sebegitu. Sesungguhnya aku tidak kuat jika ia berlaku Ya Allah.

Rabu, 23 Mei 2012

Garang ke?

Garang(Bekeng) ke aku ni? Ada orang cakap aku ni garang. Dah memang aku macam tu, setiap perkara, bolehlah aku tahan kesabaran, tapi bila dah kerap kali, benda yang sama je, mahu tak marah. Jangan bagi aku terlepas cakap, kalau tak, parahlah. Tapi aku tengah cuba mengubah diri aku, kritikan atas diri aku, aku terima sebab dapat ,mengubah diri aku ke arah lebih baik lagi.. Terima kasih untuk itu.