Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?
Rabu, 15 Februari 2012
Ucapan Terima Kasih
Dah lama saya nak tulis, tapi tak ada keizinan je. Sekarang dah ada dah, Nak ucap terima kasih dekat sapa? Ucapan terima kasih buat Dr. Notts dengan keputusan subjek Kesusasteraan Dalam Multimedia yang saya perolehi seperti yang saya hajati. Berbaloi sangat-sangat dengan kerja yang saya dan ahli kumpulan kami lakukan. keputusan yang dihajati tercapai, ilmu pun dapat, Alhamdulillah. Tak lupa juga terima kasih dekat Cik Hidayati kerana sudi berkongsi ilmu dan melayan karenah kami semua dalam subjek tersebut.
Khamis, 9 Februari 2012
Peristiwa Bulan Febuari 2010 Ibarat "Hempedu"
Peristiwa ini takkan aku lupakan sampai bila-bila terutamanya apabila memasuki bulan febuari. Pada 14hb Feb 2010 aku telah di masukkan ke hospital USM Kubang Kerian. Selama 2 minggu aku ditahan di wad dan pelbagai benda pahit terpaksa aku telan terutamanya ubat,hehehe. Sebab aku ditahan di wad hospital USM adalah kerana ujian saringan yang dilakukan pada permulaan adalah kerana sakit saraf. Selama 2 minggu aku berada di wad hospital USM sebagai seorang pesakit amat-amatlah menderita. Kalau boleh,biarlah ini yang pertama dan terakhir aku masuk wad sebab aku ni jenis takut jarum. Mahu tak takut, setiap pagi, Dr. datang ambil darah aku, sebab nak buat ujian katanya. Lepas tu, kena tambah air dalam tubuh. "inject lagi". Peh!!!memang peritlah rasanya. bukan tu je, tapi kena x-ray seluruh tubuh itulah paling menyeksakan aku. Mahu tak terseksa, dahlah kena puasa sehari sebelum x-ray,lepas tu selama 1 jam pula aku kena duduk diam tanpa boleh bergerak dalam 1 mesin x-ray dipanggil apa entah. Dalamnya bukan main panas lagi nak bernafas pun susah, sampaikan tertidur aku dibuatnya. Lepas je keluar, terus aku demam. Dahlah penyakit aku tu tak sembuh-sembuh lagi, demam pula menyusul. Hem, tunggu pun tunggu keputusan x-ray tu, sampai seminggu baru dapat keputusannya sebab Dr. yang jaga aku tak ada bercuti, tak silap aku nama Dr tu Dr. Rosdan. Keputusannya, bukan penyakit saraf tapi tak tahu penyakit apa. Kekecewaan bagi aku di situ. Dr. pun pelik. Pelikkan, sedangkan masa tu, aku memang nak gerak terpaksa di pimpin oleh orang lain, nak angkat gelas sebiji pun tak mampu. nak bangun pun tak boleh. Memang terseksa sangat-sangat masa tu, hanya Allah je tahu. Selama 2 minggu itu, bermulalah kajian dan persidangan Dr. pakar saraf, hampir 10 orang Dr. mengeliling aku sebab mereka tak pernah jumpa lagi penyakit macam aku ni. Mesti kau orang nak tahu apa di orangkan lakukan terhadap aku kan. Nanti aku sambung balik ceritanya lain kali. Bersambungan...
Rabu, 1 Februari 2012
andai bisa
Andai aku bisa
mengundur hari-hari
lenyap ditelan masa
akan ku undurnya
mencari baki yang tersisa
walaupun sesaat
kenangan manis bersamanya
Andai aku bisa
memulangkan kembali apa yang sudah tiada
akan ku kembali mengecapi saat-saat yang ada
untuk bersama-sama
Tapi sedarlah
kau tak ada dan tak memiliki
kekal selamaNya.
mengundur hari-hari
lenyap ditelan masa
akan ku undurnya
mencari baki yang tersisa
walaupun sesaat
kenangan manis bersamanya
Andai aku bisa
memulangkan kembali apa yang sudah tiada
akan ku kembali mengecapi saat-saat yang ada
untuk bersama-sama
Tapi sedarlah
kau tak ada dan tak memiliki
kekal selamaNya.
Langgan:
Catatan (Atom)