Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Ahad, 15 Disember 2013

"Monggek"

Apa istilah "monggek"? "Monggek" dimaksudkan ialah memonceng motosikal bersama pasangan. Sebelum aku berceloteh, aku memohon maaf jika ada yang terasa dengan celoteh aku ini, bukan bermaksud tujukan kepada sesiapa, hanya peringatan kepada diri aku sendiri. Ini kisah diri aku dengan istilah ini, lebih kurang 3 tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang budak perempuan, dipendekkan ceritanya, bila dah lama kenal, budak ini ajak aku keluar pergi KB, tapi aku cakap dekat dia, kalau nak keluar dan jumpa aku, naiklah bas pergi KB, tapi dia degil, suruh aku pergi ambil dia dengan motor, hati mula terdetik, tak kan nak "monggek" dengan dia kot,dlam waktu yang sama, keinginan tu ada, tapi istilah "monggek" dengan perempuan tak pernah wujud dalam diri aku pun sebelum ni. Aku cari alasan lain cuba mengelak. Macam-macam alasan. tapi semuanya tak menjadi. Entah macam mana, aku terlepas cakap, 'boleh'. Haiya! mampus aku, dah telajak perahu boleh diundur, telajak kata, ni makannya. Bila dah aku cakap macam tu, dia pun set masa dan tempat, esok petang, ambil dia tempat yang dia beritahu. Aku dah tak dapat mengelak lagi dah. Esoknya, lepas makan tengah hari, aku rasa dah tak sedap dah, sebab terlepas cakap macam tu kemarin. Aku pandang ke arah awan, nampak macam nak hujan, aku mintak supaya hujan cepat-cepat, agar tak tercalit istilah itu dalam diri aku. Bila dah lama tunggu, tak hujan juga, aku rasa serba salah, aku mesej la dekat budak tu, aku tanya dengan dia, jadi ke? Harapan aku masa tu, agar dia balas "tak jadi", namun sebaliknya. Dia mesej suruh ambil pukul 2 petang lebih, aku tak siap apa-apa pun. Aku pun balaslah 'ok' aku suruh dia tunggu. Aku pun bersiap-siap mandi dan solat, lama jugalah sebab aku berharap, petang tu akan hujan. bila dah siap semuanya, tapi masih tak hujan juga, hanya awan gelap je, aku masih melengahkan masa, tapi dengan takdir Allah, bila aku nak keluar dari rumah tu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, Ya Allah, kau yang maha berkuasa dan maha melindungi. Aku cepat-cepat hantar mesej dekat budak tu, aku tak dapat pergi sebab hujan, dia balas 'tak apa, lain kali'. Bila dah dia hantar mesej macam tu, aku tak balas mesej dia. Aku tak peduli dah dengan ayat last dia tu. Huh! lega betul aku sebab tak jadi keluar "monggek" dengan budak tu.
Ini cerita yang kedua pula, pada istilah yang sama, betul-betul menguji aku, cerita ni, berlaku masa aku belajar dekat UPM, kawan-kawan aku ni, mungkin nak main-mainkan aku. Kami dalam satu kumpulan, 2 orang laki termasuk aku, dan yang lainnya perempuan dalam 3 or 4 orang, nak dijadikan cerita, kami disuruh ambil gambar sebab tugasan dalam kumpulan, pendekkan cerita, kawan-kawan aku semua dah berkumpul, cuma aku lambat sampai sedikit, bila aku sampai dekat dengan dia orang, tiba-tiba ada yang cakap, motor tak cukup, nak pergi ambil gambar, jadi kenalah tumpang.2 orang ini tak ada motor, jadi terpaksa bonceng dengan aku sorang kawan aku yang laki tu sorang,  ku pun cakap, boleh je, tapi aku bonceng dengan kawan aku yang lelaki tu, salah seorang kena memandu motor aku tu, tapi boleh pula yang dia orang cakap,  yang tak ada motor tu, tak pandai memandu, jadi nak tak nak, akulah kena bonceng salah seorang perempuan tu.aku tak tahu pun 2 orang perempuan kawan aku ni tak pndai memandu motor, Ceh! betul-betul menduga aku, aku pun cakaplah, aku rela jalan kaki sama-sama, asalkan tak bonceng motor dengan aku. Lepas tu, boleh pula dia orang gelakkan aku, rupa-rupanya dia orang memang nak kenakan aku dah, tapi aku tak pasti idea siapa, Huh! Lega aku bila benda ini betul-betul mainan dia orang, sesungguhnya,Ya Allah, kau yang Maha Melindungi.

INGAT! AKU KENA PASTIKAN AKU TAK BONCENG MANA-MANA PEREMPUAN BUKAN MUHRIM AKU, AKU MINTAK DIJAUHKAN DARI SEMUA TU.

Sabtu, 14 Disember 2013

Perkhabaran Baik Pada Hari Jumaat

Alhamdulillah, setiap hari jumaat, aku pasti memperoleh perkhabaran yang baik, semalam pihak KPT telah menghantar maklum balas kepada aku berkenan permohonan biasiswa KPT iaitu KPT menanggung yuran pengajian aku pada peringkat aku langkah sekarang ini. Aku dah selangkah kaki ke peringkat ini, dan aku tidak sesekali mengundur ke belakang walau apa cabaran dan halangan terpaksa aku tempuhi sebelum dan selepas ini. Alhamdulillah, keputusan itu tidak mengecewakan aku, dan aku layak dalam tawaran tersebut. Tapi buat masa sekarang ini, aku masih dalam dilema kerana satu lagi keputusan aku masih menunggu. Aku takut bila menerima tawaran ini, keputusan yang aku tunggu itu adakah kemungkinan akan menjelaskan atau membatalkan secara automatik keputusan yang aku tunggu itu? Apa keputusan yang bakal aku tunggu tersebut? Aku tak nak bercerita disini, sebab dalam keadaan samar-samar, aku berserah dengan-Nya.  Tapi apabila dibaca pada syarat-syarat penerima biasiswa ini, ia menampakkan ketidak layakan aku dalam menunggu keputusan yang satu lagi jika aku berjaya. Inilah yang membuatkan aku keliru. Apa-apa pun keputusan yang akan aku buat, aku mesti menghubungi pihak KPT untuk mendapatkan khidmat nasihat yang jelas tentang perkara ini, jika tidak, salah satu terpaksa akan aku korban.

Selasa, 10 Disember 2013

SEMUT HITAM DAN BATU GELAP

Semut hitam dan batu gelap? Apa yang ingin dibicarakan sebenarnya? Ini hanya satu perumpamaan, perumpaman tentang keikhlasan. Keikhlasan seperti seekor semut hitam yang berada di atas sebongkah batu  besar yang gelap sifatnya atau hitam dengan kata lainnya. Bertapa sukarnya ingin melihat keikhlasan. Tapi manusia bila berbicara atau menolong seseorang akan tertuturnya 'ikhlas dari saya'? Adakah ikhlas itu dapat digambarkan dengan tuturan semata-mata? Sedangkan Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui seperti mana saya bercoret disini, adakah ikhlas? adakah untuk membuatkan orang membaca dan memuji? adakah wujudnya sifat riak bila mana kita menulis lantas mendapat pujian dari orang lain? Sebenarnya memang sukar untuk mengukur keikhlasan diri sendiri apatah keikhlasan dari orang lain. seperti juga menuturkan kemaafan, apakah hanya satu tuturan dari mulut, bukannya hadir dari hati sebagai satu keikhlasan betul-betul kita memaafkan seseorang? Memang menuturkan kemaafan teramat senang, tapi untuk hadirkan dalam hati memaafkan seseorang amat sukar sekali, kerana kita bergelora dengan perasaan, iaitu sifat amarah. sampai disini dulu, akan kembali lagi,TQ

Sabtu, 7 Disember 2013

Aku Memang Berbeza

Aku memang berbeza, tiap2 hari aku berbeza, aku rasa tak ada orang yang faham dan dapat masuk dengan jiwa aku, kalau dapat masuk pun, kebtulan je kot, sebab tu tak ada yang dapat memahami aku, ada benda aku prihatin, ada benda aku buat-buat tak tahu, bukan tak nak ambil tahu, sebenarnya, tapi aku jemu bila benda tu berulang, sebab tulah aku katakan 'manusia yang sama sikapnya setiap hari takkan lengkap satu hari kehidupannya'. Andai kata, kalau diri kita sedih je tiap2 hari atau satu hari tu, rasanya nak buat apa kerja pun tak jadikan.

Jumaat, 6 Disember 2013

Yes! Kes di tutup

Hahahaha, memang aku ni jenis tak ada perasan kan? Tapi yang pastinya kes dah ditutup dah, maka tiada lagi persoalan yang akan menjelma lepas ni. Kalau menjelma juga tu, maknya macam aku cerita semalamlah, mungkin dia lupa. Itu saja yang dapat aku tafsirkan. TQ

JENG! JENG! JENG!

Ha! Muncul kembali aku disini. Alhamdulillah masih diberi kenikmatan merasai keindahan di dunia ini, tapi jangan lupa, kenikmatan yang diberi, setiap hari makin hilang. Ingat! Kenikmatan diberi jangan buat kita terlalai dari tugas di duniawi. Haish! nak berdakwah ke apa ni? Hehehe. Pesan buat diri sendiri, maklumlah lama tak 'update' blog, tapi pasti ada yang ternanti-nanti dengan coretan aku yang tak seberapa ni. Sebenarnya malas nak 'update' selalu blog ni, kerana aku bukan penulis tegar 'aku yang dulu, bukanlah yang sekarang' lalala. Ha! kan dah keluar lirik lagu dah tu. HEHEHE. Sebenarnya aku pun tak tahu nak 'update' pasal apa, tapi aku nak beritahu bahawa aku masih ada di sini. Walaupun hampir 6 bulan menyembunyikan diri tapi banyak juga peristiwa sepanjang tempoh tersebut. Nanti sedikit sebanyak 'peristiwa sepanjang 6 bulan menyepi tu, aku 'update' kemudian dalam ni. Tapi sebelum aku menamatkan cerita ni, nak beritahulah sedikit, aku rasa tak selesa kalau orang tu cakap, "ok! cukuplah setakat ni, mungkin ini soalan atau apa-apa jelah yang 'last' kemudian, duk lama cikit, tanya balik atau buat balik benda yang sama". Aku tak nak jawab atau buat apa-apa tu sebab orang tu dah cakap macam tu. Kalau dia tak cakap macam tu, mungkin, mungkinlah aku jawab kot. Kot je. Tapi aku anggap dia ni mungkin lupa kot dengan kata-kata dia sendiri. Ops!!! dah panjang lebar lak dah aku cerita, kan tak pasal-pasal perang 'blog' pulak nanti, tak pun kena serang dekat 'my blog' nanti, terpaksa 'delete' lak tajuk ni. Siapakah orang itu? JENG! JENG! JENG! :-P