Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Jumaat, 26 April 2013

cerita hari ini

Huh! Pagi-pagi dah kena 'sound'. Tiba-tiba lak terasa panasnya. Kes aku tak masuk 'metting' panitia subjek. Woi, kau sapa nak 'sound2' aku. Aku bukan guru panitia subjek pun, aku cuma guru ganti je. Tak ada dalam kontrak pun, aku tak masuk 'metting' pun tak apa. Hari tu, kau suruh aku wakil kau kan? Sebab kau ada kerja. Aku tengok kau ada je dekat pejabat kemarin. Nak mengelak ya. Ambil kau! Siap keluar makan tengah hari lagi, sampaikan aku tak sempat nak beritahu kau, yang aku ada hal juga kemarin. Aku dah cari kau, kau lak tak ada, kau nak salahkan aku, ok, aku salah. Aku dah minta maaf tadikan. Tapi aku memang tak puas hati, sebab kau macam tak terima je kemaafan dari aku. Siap cakap lagi "Not bad". Terima kasihlah ya. Kalau nak ikutkan kebodohan aku tadi, memang kecohlah pejabat PPKI tu kan, nasib baik aku fikir air muka abang aku dekat situ. Tapi kau rasa 'menta'lah sebab guru-guru lain kau dah biasa 'sound' ikut suka kau je kan, macamlah kau tu penolong kanan PPKI, kau pun sama dengan guru lain jelah. Tak apa, lain kali, aku akan cakap, yang aku cuma guru ganti, dan apa-apa jawatan kecuali jawatan asas seperti guru kelas, yang lain aku tak terlibat sama sekali ok. Nak tengok surat, aku boleh tunjuk (Ayat bengang).
Ok, aku pun malas nak cerita panjang-panjang, aku nak cerita pengalaman baru aku dapat hari ni lak. Aku diminta untuk 'update' data murid-murid kelas. Maklumlah, yang aku gantikan ni seorang guru kelas. Pening juga nak 'update' data murid-murid ni. Alhamdulillah, ada juga guru-guru yang ingin membantu aku tadi. terima kasih cikgu yang membantu tadi. Em nasib baiklah tak ramai anak murid dalam kelas, cuma 6 orang je. 6 orang pun dah rasa lama nak 'update' data budak-budak ni. Maklumlah, tentang diri pelajar, ibu bapa dia orang sampaikan num akauan bank dan pekerjaan bapa dan ibu dia orang kena 'update' sekali. Huh! Nasib baiklah sesetengahnya dah ada dalam data tu. Senang cikit. Esok 'last' untuk 'update' data murid-murid. Esok aku mesti semak balik, sama ada masuk tak, takut-takut tak jadi, maklumlah, ramai sangat guru di Malaysia ni buat benda yang sama. hehehehe. sekian.

Jumaat, 19 April 2013

Harus Lariii!!!!!!!

Hahahaha, rasa nak gelak besar pula hari ni, mana taknya, masa aku nak balik sekolah tadi, dikejar oleh bekas anak murid aku yang dulu. Aku ingatkan dia dah tak kenal dah aku sebab dah 4 tahun dah kan. Rupa-rupanya masih cam aku. Kantoi. Bila tengok je dia, aku dah mula rasa tak sedap hati dah, sebab teringat masa majlis perpisahan aku masa jadi guru ganti dulu. Memang pengalaman aku yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Kenapa? Haruslah, bekas anak murid aku ni perempuan, budak pendidikan khas juga. Masa majlis perpisahan aku dulu, dia terkam aku, peluk dan menangis siap. Alahai, kenapalah nak emosi sangat, malu aku. Nasib baiklah aku tak terjatuh, cepat-cepat cikgu-cikgu lain tarik budak tu. Masa tu, tak dapat nak di ceritakan macam mana, merah muka-muka tahan malu dengan cikgu-cikgu lain. Hadoiii!!! Aku ingatkan itu 'last' aku jumpa dengan budak tu hari perpisahan tu. Rupa-rupanya ada lagi dia dekat sekolah tu sebab dia kerja dekat kantin sekolah. Mula-mula aku tak cam pun dia. Bila diberitahu oleh guru-guru budak tu masih ada dekat situ, dah mula risau dah, takut-takut jadi macam hari perpisahan tu. Tapi yang aku takut-takut tu bakal menanti akulah. Mahu taknya! tadi masa aku nak keluar dari bilik guru ternampak budak tu. Rupanya dia duduk tunggu aku balik sekolah betul-betul depan bilik guru. Terkejut aku. Cepat-cepat aku pikul beg dan bawa buku RHP naik ke pejabat. Fuh! Masa tu dia dah 'follow' dah aku, siap nak cubit pipi aku. Haiya!!! Bikin malu ma... Nasib baik sempat elak. Lepas aku hantar buku RPH dan punch kad nak bilik, aku turunlah ikut tangga pejabat. Alamak, rupa-rupanya dia dah tunggu muka tangga nak turun. Nasib baik cikgu Fahmi sempat beritahu aku yang budak tu ada dekat situ. Katanya 'tolonglah cari tangga lain turun' Hahaha. Cepat-cepat aku cari tangga lain turun dengan harapan budak tu tak nampak. Masa aku turun tangga lain tu, aku intai-intai juga budak tu dekat tangga pejabat sana, nasib baik dia tak nampak. Aku jalan 'slow-slow' lah dengan hati yang lega sebab dapat lari dari budak tu, sekali aku pandang belakang balik. Nampak dia berlari kejar aku. Ha!!!! Masa tu dah nak sampai pintu pagar keluar dah. Aku apa lagi, buka langkah besar-besar jalan laju-lajulah. Dah macam di kejar hantu lak. Sampai je pintu pagar sekolah, aku pun terus berlariiiiii... Dah tak menolek ikut belakang dah. Masa tu, budak-budak normal tengok aku, Ha!!! peduli apa aku, asalkan selamat dan tidak memalukan aku depan budak-budak normal dah, nanti dia orang fikir lain lak. Hahahaha. Jangan gelak sangat, minggu depan, dan hari-hari seterusnya macam mana??? Oh tidak! Trauma aku dibuatnya.

Isnin, 15 April 2013

Keracunan makanan

Huh! Sedih betul hari ni, pagi masa rehat makan dekat kantin sekolah, memang kenalah. Rupa-rupanya makan nasi goreng nak basi dah. Bukan aku je kena, 2 3 orang guru, ppm dan pelajar-pelajar pun  kena sekali. Bila ditanya, makan apa? Makan nasi goreng dekat kantin juga. Memang mula-mula makan dah rasa dah, tapi tak syak pun nasi goreng tu dah nak basi sebab sebelum ni, kebanyakan lauk-pauk hampir tiap-tiap hari berbau yang tidak enak, tapi hentam juga, dah tak ada tempat lain nak makan. Macam mana boleh syak tu, mula-mula kena dekat budak aku. Muntah-muntah, habis seluar kena muntah, dahlah masa tu, aku yang mengajar budak tu, memang kenalah. Terpaksalah aku tolong tukarkan pakaian dia ganti dengan seluar dan baju lain. Aku ingatkan muntah-muntah biasa je, berapa minit kemudian, pelajar lain pula muntah. Bila ditanya, makan apa, rupanya nasi goreng dekat kantin. Terkejut aku, aku pun makan juga, tapi tak rasa lagi, sebab keracunan makanan ni, 4 jam lepas makan baru ada tindak balas. Semasa guru bertugas nak bawa budak-budak ni pergi klinik untuk rawatan, tiba-tiba salah seorang guru bertugas tersebut mula dah sakit perut. Maklumlah, dia makan pukul 8 pg lagi. Bermakna cukuplah 4 jam untuk tindak balas sebab masa tu dekat pukul 12 tengah hari. Bila dengar macam tu, aku lekas-lekas cari air isotonik, cepat-cepat aku minum sebab dah mula rasa loya dan pening-pening dah. Aku ingat minum air tadi kira dah ok, Lepas hampir 4 jam, dah mula rasa sakit perut, memang kenalah. Mahu tak ulang ke tandas 4 5 kali. Aku terus ambil tindakan selanjutnya, cari ubat dalam 'first aid'. Jumpalah pil chi kit teck, terus aku makan. Alhamdulillah tahan dah cirit-birit tu, tapi lepas 1 jam makan, aku termuntah pula, habis keluar semua makanan yang aku makan pagi tu, mungkin tindak balas dari pil yang aku makan tersebut. Alhamdulillah, lepas keluar semua tu, aku rasa ok dah. Fuh! memang tak dapat nak terimalah, kalau nak menjual, lain kali janganlah nasi yang nak basi atau lauk-pauk yang dah lama di masak balik dengan menukar ke masakan lain. Contohnya, sup tulang tak habis, kemudian pergi gulai pulak. Jimat betul. Lain kali janganlah masak banyak kalau nak jual, biar tak cukup, asalkan tak membazir bro - "ayat tak puas hati bila terkena dekat aku sendiri" hehehehe.

Sabtu, 13 April 2013

Hari Keusahawanan SMK Seri Tasik 2013

Hari keusahawanan memang best, tetapi memenatkan sedikit. Mana tidaknya, program ni dilaksanakan hari minggu, sabtu pulak tu. Tapi memang bagus pun sebab tak menganggu P&P sekolahkan. Program ini bermula jam 7.30 pg hingga jam 1.30 tgh hari. Macam-macam aktiviti dan jualan boleh dilihat dan dinikmati antaranya karaoke, main basikal, rumah hantu, dan lain-lain lagilah. Budak-budak aku niaga juga ya, termasuk guru-guru turut mengambil bahagian. Gerai kami menjual kentang goreng, air kotak, roti john, hamlet dan macam-macam lagilah. Aku melibatkan diri di bahagian masak. Goreng kentang memang akulah, tapi gilir-gilir juga dengan cikgu-cikgu lain. Kalau aku seorang, memang tak dapat nak merasalah hari keusahawanan di sekolah tersebut. Sambil bergoreng-goreng sempat juga aku megular, hehehe. Puaslah duk kat api dan minyak panas je. Sempat juga masuk rumah hantu. Apa punya hantulah, main pegang-pegang bahu, hantu perempuan lak tu, kalau aku buat-buat terkejut dan peluk, aku rasa hantu tu yang takut dengan aku kot. Hahahaha, yang jadi toyol lak, main pegang pinggan aku. Aku tak takutlah, nasib baiklah aku tak terajang je toyol tu kalau tak masuk hospitallah jawabnya. Lepas tu, aku main basikal lak, naik free je, ambil kesempatan atas gelaran guru, sepatutnya kena bayar. HEhehe, bila lagi nak rasa yang free kan. Tapi sakit uratlah, sebab lama tak berkayuhkan. Ha!!! yang paling best, acara karaoke. Memang aku trylah, malu-malu jugalah, maklumlah depan orang ramaikan. Tapi aku bawa lagu, bukan solo, tapi berduet, hehehehe. Berduet dengan budak perempuan. Cyehh!!! Ambil kesempatan lagi. Hehehehe. Saja je suka-suka, nak lepas angin budak-budakkan. Budak perempuan tu yang pilih lagu, tajuknya 'memori berkasih'- Achik dan Nana. Boleh tahan juga suara budak tu, tapi suara aku tak best mana pun, hehehe, saja je nak suka-suka.  Masa aku nyanyi, aku perasan pakwe dia duk rakam aku dengan awek dia tengah nyanyi. Terus tak ada mood nak nyanyi, hahahaha. Tak adalah gurau je, memang aku dah perasan dah sebelum nyanyi lagi, pakwe dia tengok kat aku, tak kan jelous kot, cikgu cuma duet nyanyi je, cikgu tak hensem pun. Jangan risau, hahahahaha. Em yang terharunya, satu pun aku tak ambil gambar masa program tadi berlangsung. Sedihkan. Baca jelah ye, hehehehe. Ok, selamat ketemu lagi. Ta,ta

Khamis, 11 April 2013

lawatan murid PPKI SMK Seri Tasik ke muzium negara dan planetarium negara

Hari ini memenatkan sedikit, namun sangat berpuas hati. Apa tidaknya, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tgh hari bawa budak-budak melakukan aktiviti di luar iaitu 'lawatan muzium negara dan planetarium negara' oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik. Memang setiap bulan sekali, mereka mengadakan lawatan sambil belajar, maklumlah, peruntukan untuk mereka ni, sangat besar dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Bulan 5 ni, di khabarkan satu lagi lawatan ke Melaka. Fuh! memang best betol mereka ni kan. Berbalik kepada lawatan tadi, aku ditugaskan menjaga 3 orang murid, salah seorangnya menggunakan 'wheelchair' dan 2 orang lagi budak tak ada masalah apa-apa. Tepat jam 9.30 pg, kami sampai ke Planetarium Negara. Masa ini, budak-budak bawah aku ok lagi, tapi bila dah masuk dekat situ, 2 orang tadi dah berpecah, tinggal aku dengan seorang budak yang menggunakan 'wheelchair' tadi. Fuh! Berpeluh terpaksa angkat 'wheelchair' dia. Yang aku sedih, kemudahan untuk golongan OKU tak ada langsung dekat sini. Nasib baiklah, aku bawa sekali tongkat dia, kalau tak, matilah aku kena kendong dia, hehehehe. Em selepas selesai lawatan di Palanetarium Negara, kami turun balik ke bawah, kali ini, aku suruh budak pula bawak 'wheelchair' dia, sebab terpaksa pimpin budak ni. Sampai je dekat bawah, baru aku perasan, 2 daripada 3 orang budak aku tadi tak ada sekali. Menyumpah aku dalam hati. Terpaksalah naik tangga balik, penat betol tapi demi tanggungjawab aku memaksakan diri. Cari punya cari, jumpa juga budak 2 orang tu, rupanya mereka masih dalam Planetarium Negara lagi. Kalau ikutkan hati, mahu aku marah je mereka tu, tapi tulah, silap aku juga, sebab terlepas pandang. Nasib baiklah kamu 2 orang ni dengan aku kan, kalau kamu dengan cikgu Bibi, aku rasa, kamu dah masak di kerjakan, harus kena sawanlah kamu 2 orang ni. Hahahaha. Setelah semua berkumpul, jam pukul 11 pagi, budak-budak diberi makan nasi lemak sebelum menuju ke muzium negara pulak. Masa ini, 2 orang budak di bawah jagaan aku dah tak berani dah nak berpecah, asyik ikut je aku. Aku apa lagi, bagi dekat 2 orang nilah bawa 'willchair' tadi sebab lagi sekali nak turun tanggakan. Aku pula, kena pimpin budak tu sebab dia menggunakan tongkat. Nak jadikan cerita, tangga licin, jatuh budak tu, aku tak sempat nak sambut dia, dahlah aku terpijak pula tangan dia masa dia jatuh. Adoii!!! kesian betol dekat dia. Sudah jatuh di timpa tangga, tapi ni lain dah, dah jatuh, dipijak tangan pula, hehehehe. Maaf ye, cikgu tak sengaja. Sepanjang lawatan tu, aku jaga dia macam adik aku sendiri. Sampaikan masa nak balik selepas lawatan muzium negara, dia sempat menggunakan kreativitinya menghasilkan huruf "A". A tu maknanya untuk ckgu Amir lah, hehehe. Ops! dah penat dah bercerita, jom layan berapa keping gambar di bawah ni
Inilah tangga aku cerita tadi, tinggi dan curang, kemudahan untuk OKU tak ada langsung.

baju kuning tu yang aku cerita naik 'wheelchair', anak buah aku la tu

sempat lagi ambik gambar

kereta antik dekat muzium negara

jangan marah ye, nak bergambar kejap, hehehe

tak cukup 1, ambik 1 lagilah, hehehe

permulaan nak masuk ke muzium negara

rangka manusia

rangka manusia terawal

kehidupan masyarakat orang asli



candi borobodur katanya

mata wang terawal di Tanah Melayu


naskah Al-Quran zaman dahulu kala

berkumpul tunggu bas nak balik

nilah salah seorang dari 3 murid bawah jagaan aku, cute x? hehehe

budak dekat atas tu, hasilkan huruf 'A' untuk ckgu Amir, mungkin sebab aku baik sangat dengan dia. masa nak balik tadi, dia salam dan cium tangan aku. Terharu betol
sampai di sini dulu, jumpa lagi di tajuk seterusnya.

Rabu, 10 April 2013

aktiviti anak-anak buah minggu ni

minggu ni, aktiviti untuk murid-murid sangat padat kerana minggu ni merupakan minggu akademik di sekolah, bermula hari isnin sampailah jumaat ni. Aktiviti mereka di isi dengan penuh manfaat. Ini juga untuk melihat tahap pencapaian murid-murid dalam akademik dan tersiratnya membuat mereka berani berkomunikasi dengan guru-guru ataupun rakan-rakan mereka. Maklumlah, murid-murid aku ni, budak-budak pendidikan khas yang mempunyai naluri dan perasan mereka tidak sama macam budak-budak normal yang sebaya usia mereka. Namun, mereka lebih menghormati dan menyayangi guru-guru seperti ibu bapa mereka. Sebelum balik sekolah, mesti salam dan cium tangan. walaupun mereka kurang dari segi akademik, tapi dari segi hormat, mereka memang bagus. Eh3, apa sal tiba-tiba tersasullah dari tajuk ni, hehehe. Tak apa, aku cerita realiti pasal mereka. Berbalik kepada tajuk aku iaitu minggu akademik tadi, sepanjang minggu ini berlangsung, pelbagai kemahiran dan bakat yang terpendam mereka ada dapat di cungkil antaranya menconteng batik, melukis dan mewarna batik. Ok, dah panjang sangat dah update, mesti malas dah nak bacakan. Jom tengok-tengok gambar mereka pulak

permulaan aktiviti panitia BM


bdak ni cute, alahai malu pulak, hehehe

wrna batik ni, aku yg bg idea, cntik x?hehehe

ni lak, idea pbntu pgurusan murid a.k.a PPM

wrna jgn tak wrna, ckgu aini nk bg mrkah 2

ni bdak yg naik "weelchair" kt ats tadi 2

sampai sini dulu ea, gmbar banyk lagi, tapi ad dlm kamera sekolah, hehehe. Em esok lak, bawa budak-budak pergi buat lawatan muzium planetanium, cam best je kn, pe2 pun, layan je, nanti aku masukkan gmbar tok lawatan esok, jumpa lagi

Ahad, 7 April 2013

3 2 1 serangkai

3 2 1 serangkai? apa maknanya, kalau kau orang dah baca blog aku yang pasal 3 serangkai dulu, mesti kau orang kan ingat cerita tu. Mula-mula 3 kepada 2 kepada 1. Em nampaknya tahun lepas, 3 serangkai dah menjadi 2 serangkai, tapi tahun ni 2 serangkai dah nak jadi serangkai. Nasib badanlah, aku ingatkan kawan baik aku ni main-main cakap nak kawin tahun ni, rupa-rupanya betullah. Cyehhhh!!! Rupanya jawapan dah terjawab, nampaknya tinggal aku seorang jelah yang belum kawin. Hehehehe, kawan aku mula-mula hantaran yang di akad sebagai mas kawin 1k je, tapi yang nak kawin seorang lagi nilah 3k. Peh! 2 2 kawan aku ni dapat hantaran murah-murah. Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan nikah itu ialah sederhana perbelanjaannya (mas kawin)". Bertuahlah dapat calon dan bakal mertua yang memahami, tak macam setengah tu, macam nak jual anak lak. 10K hantaran, mahu lepas kawin, pokailah jawabnya. Aku nak cari yang macam ni jugalah, bukan yang 10K tapi macam yang kawan baik aku dapat ni antara 1K dan 3K, hehehe. Perasanlah diri sendiri, calon pun belum ada, hahahaha, Ini semua poyo! Eh, agak-agak aku tahun depan ke? Bukan apa, sebab kawan baik aku baru je kawin tahun lepas, tahun ni, dapat berita yang seorang lagi ni dah nak kawin tahun ni pulak. Cyehhh, pakai teori sendirilah pulak, Hehehehe. Apa-apa pun semoga majlis kawan baik aku ni berjalan dengan lancar dan selamatlah, aku doakan moga kawan aku yang dah kawin dan akan kawin bulan 5 nanti, berbahagia hingga akhir hayat. Tak sabar nak dengar panggilan "Pak Cik" dari anak-anak kawan baik aku ni. Aku harap, kawan aku ni, dapat anak cepat-cepat ya, hahahaha. amin..
Ini Surat "Madoh" versi klate kalau orang luar panggil kad jemputan kahwin

Khamis, 4 April 2013

Pelik jika tak merokok

Sebenarnya aku harus pelik, kenapa orang pelik jika aku tidak merokok? Bukan bajet duit, dah memang aku tak merokok, mungkin dia orang pelik sebab abang aku yang tu merokok kot, tapi aku tak merokok. Walaupun adik-beradik, tapi beza ya, harus di ingat, hehehehe. Kalau aku beritahu yang aku seorang je dalam keluarga aku yang lelaki tak merokok, lagilah dia orang terfikir-fikir kot. Tak payah fikir-fikir, sebab aku nak cari kelainan sedikit. Aku takut, kalau aku merokok, lebih tegar lagi daripada perokok-perokok lain. Kesimpulannya, katakan tidak awal-awal lagi. Hehehe