Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Selasa, 20 Mac 2012

Sambungan Pengalaman Aku Itu

Alhamdulillah masih berpeluang aku berkongsi pengalaman pahit aku itu. Sambungannya, selepas aku di bawa keluar dari hospital itu, dan di bawa pulang ke rumah. Lepas dua hari, pulang ke rumah, masih tiada perubahan, tetap sama, akhirnya, ayah aku membawa aku ke pengamal perubatan Islam. Kata orang, kita iktiar selagi kita mampu, dan seterusnya, hanya bertakwalah kepada-Nya. Ketika sampai di rumah pengamal perubatan Islam, aku di tanya bermacam-macam dan akhirnya di ubati dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kata pengamal tersebut, mungkin aku terkena sesuatu. Apa tu? Aku sendiri pun tak mengetahui. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Selepas 2 3 kali aku berulang alik ke rumah pengamal perubatan itu, Alhamdulillah dengan izin Allah swt, secara perlahan-lahan aku sembuh. Yang dulunya, aku tak boleh nak berjalan dan bangun,mengangkat gelas sebiji pun tak mampu, ketika aku berada di situasi itu. Nak bersolat pun dulu aku terpaksa duduk, tapi sekarang dah boleh dan kembali seperti sedia kala. Aku bersyukur sangat-sangat. Selepas daripada berlakunya peristiwa itu, aku sering kali bermimpi, sehinggalah kini, yang sebelum ini, mimpi itu tidak pernah datang dalam mimpiku. Mula-mula aku bermimpi, aku pernah menceritakan kepada arwah ibuku. Namun aku menganggap ia permainan tidur aku, tapi, sering kali datang, bukannya permainan tidur lagi. Mesti nak tahukan, apa yang sering kali aku bermimpi tu? Mohon kemaafan, aku tak dapat menceritakan mimpi itu dekat sini dan kepada orang-orang lain juga.

Ahad, 4 Mac 2012

Sambung Kenangan Pahit Aku di Bulan Februari

Doktor cakap nak ambil air tulang belakang aku sebab takut-takut ada kuman dah merebak di sebabkan penyakit aku tu. Doktor meminta persetujuan daripada aku, namun aku mendiamkan diri. Aku tahu, jika doktor ambil air tulang belakang aku, kemungkinan besar, aku akan lumpuh, dah ramai yang macam tu. Akhirnya, doktor meminta persetujuan daripada ayah aku sendiri. Dah tentu tak bagi punya. Ayah aku terus nak bawa balik aku dari Hospital tu apabila di khabarkan sedemikian. Namun, doktor itu akur. Doktor tu memberitahu, jika pak cik tak nak dia dilakukan sedemikian, doktor meminta keizinan untuk membuat rawatan yang terakhir penyakit aku tu dan terpaksa di tahan untuk seminggu lagi bagi menguji ubat yang akan di berikan nanti. Apabila mendengar perkhabaran itu, ayah aku pada mulanya nak bawa balik aku, namun di pujuk oleh doktor itu. Akhirnya aku terpaksa duduk lagi seminggu di hospital tersebut. Doktor telah mencuba ubat tersebut ke atas aku, 3, 4 jarum jugalah kena cucuk. Seingat aku, sekali cucuk, doktor tu cakap kosnya mencecah ratusan ringgit. Setelah seminggu ubat itu masuk ke dalam tubuh aku, tiada kesan apa-apa pun, sama macam seperti mula-mula aku kena dulu. Doktor pun naik hairan, dahlah punca penyakit tak dapat dikesan, ubat pun dah di cuba, tak berkesan juga, akhirnya, aku meminta untuk pulang ke rumah. Namun, doktor tersebut masih belum berpuas hati kerana aku tidak sembuh juga, tapi terpaksa membenarkan aku pulang ke rumah, namun Salah seorang doktor yang merawat aku, menasihatkan ayah aku apabila pulang ke rumah nanti, bawalah aku berubat cara kampung dan doktor itu memberi 1 alamat pengamal perubatan Islam yang di kenalinya itu. Lalu aku pun di bawa pulang ke rumah dengan keadaan seperti itu juga. Kos anggaran rawatan aku, mencecah rm 3000 atau lebih tak silap aku, alhamdulillah, ditanggung oleh UPM. Hem, mesti ada yang nak tahu, sama ada, ayah aku, membawa aku pergi tak tempat pengamal perubatan Islam yang diberikan  oleh doktor tadikan? dan apa yang berlaku. Jadi, saya akan sambung cerita tersebut akan datang. Insya-Allah.