Tak Nak Klik Di Bawah Ni Ke?

Rabu, 4 Mei 2011

KENALI SASTERAWAN NEGARA KE-11

Dato' Kemala
Akhirnya terjawab jua persoalan siapakah yang layak memperoleh gelaran sasterawan Negara Ke-11. Sebelum ini, kita hanya mengetahui bahawa hanya 10 orang yang telah memperolehi anugerah tertinggi iaitu sasterawan Negara sehingga 2009. Namun tahun 2011, seorang lagi tokoh sasterawan yang bergiat aktif menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi telah memperolehi anugerah sasterawan Negara iaitu Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena beliau Kemala. Nama beliau telah di umumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. menurut TPM lagi, Dato' Kemala akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan sebagai tanda memperkayakan sumbangan beliau dalam dunia sastera. Sepanjang beliau berkarya dalam dunia sastera, 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera. Wajarlah Dato' Kemala memperoleh anugerah tertinggi dalam dunia sasterawan yang membawa kepada gelaran sasterawan Negara kerana karya-karya tokohnya bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan terutamanya bidang puisi kerana puisinya bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara. Tahniah buat Dato' Kemala.
.
SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad (Keris Mas)
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang (Tongkat Warrant)
  4. 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati)
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan)
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)